Perodua Axia 1.0 (Auto) BARU!






Sewa kereta Perodua Axia 1.0 (Auto) yang BARU dengan hanya RM 100/sehari

Axia 1.0 keluaran Perodua ini mempunyai kapasiti enjin yang sama dengan Perodua Viva (1000cc) tetapi mempunyai rekaan dalaman yang lebih luas dan selesa. Dengan saiz enjin yang sama dengan Perodua Viva, Perodua Axia mampu menandingi keupayaan Viva dari segi penjimatan minyak iaitu 12km untuk setiap liter minyak yang diisi.
Dengan rekaan dalaman yang lebih luas, ia mampu memuatkan 5 orang penumpang, berbanding Perodua Viva hanya 4 orang penumpang pada satu-satu masa. Sama seperti kereta-kereta lain, kereta Axia di McarsRental hanya bertransmisi auto, membuatkan setiap pemanduan anda lebih selesa dan mudah.
Setiap kereta di McarsRental sentiasa dipantau dan diservis oleh pihak yang berkelayakan, mengikut masa dan tempoh masa yang ditetapkan. Minyak hitam ditukar setiap 5,000km, minyak gear diganti pada setiap 15,000km, brek diperiksa setiap 3 kali penukaran minyak hitam bersama dengan ketebalan tayar kereta dan lain-lain pemeriksaan kecil, sentiasa akan diberikan perhatian rapi oleh pihak kami. Yang pasti, hanya yang terbaik disediakan untuk pelanggan kami.

HUBUNGI KAMI SEKARANG!!  011-11751170