NOTURN



Noturn Car Rental atau juga dikenali sebagai Kereta Sewa Nilai mula beroperasi pada 8 Mac 2013 dan telah berkhidmat untuk lebih 3000 pelanggan inidividu atau korporat.Lebih separuh daripada pelanggan-pelanggan kami masih terus berurusan dan menyewa kereta-kereta kami secara tetap.

Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa TIP TOP dengan harga berpatutan untuk penjimatan para pelanggan.Kebanyakan kereta kami adalah baru dan dari pelbagai model terbaru.Kami menghadkan tempoh usia kereta selama 5 tahun sahaja untuk disewa demi menjaga prestasi kereta semasa berkhidmat untuk pelanggan.

Kawasan operasi yang utama adalah  di Nilai,Negeri Sembilan, Namun begitu Noturn Car Rental terus berkembang dengan melebarkan lagi radius operasi ke kawasan sekitar iaitu Sepang,Salak Tinggi, Labu, Pajam, Mantin, Dengkil, Putrajaya, Cyberjaya, KLIA, KLIA 2 dan cawangan terbaru kami di Subang Airport.

Bersesuaian dengan Motto 'We Satisfy Your Journey' kami komited dalam memberikan servis terbaik dan sentiasa melakukan inovasi dalam menaiktaraf servis kami kepada pelanggan .Kami juga menambah koleksi kereta dengan pelbagai pilihan model seiring dengan permintaan pelanggan yang semakin bertambah.

Target pasaran kami tidak hanya tertumpu untuk pelajar kolej/univiversiti sebaliknya lebih kepada pasaran terbuka sama ada orang persendirian ,syarikat-syarikat atau badan-badan korporat.

Kami berazam untuk terus bersedia dan pandang ke depan dalam meneroka peluang untuk mengembangkan lagi perniagaan kami dan memperkemas perkhidmatan kami untuk kepuasan pelanggan-pelanggan kami.

Harapan kami agar Noturn Car Rental dapat terus bersaing dalam menyediakan perkhidmatan kereta sewa terbaik setaraf dengan syarikat-syarikat kereta sewa gergasi yang lain. 






NoturnCarRental
011-11751170

No comments:

Post a Comment