Terma

TERMA DAN SYARAT

1. Kadar sewaan adalah  dalam Ringgit Malaysia (RM) dan sebarang  perubahan  boleh berlaku  tanpa sebarang notis.

2. Kadar sewa minimum adalah selama sehari (24 jam) . Sebarang kelewatan semasa pemulangan kereta sewa akan dikenakan kadar sewa tambahan  RM 10/Jam untuk segmen A dan RM 15/Jam untuk segmen B serta ganti rugi yang difikirkan patut akibat daripada kelewatan pemulangan tersebut.

3. Penyewa wajib bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan yg berlaku sepanjang tempoh penyewaan termasuk bayaran kerosakan kereta membabitkan kereta sewa dan juga semua kereta pihak ketiga yang terlibat.Penyewa juga bertanggungjawab terhadap sebarang bayaran perubatan akibat kecederaan untuk diri sendiri dan pihak ketiga yang turut terlibat.

4. Penyewa bertanggungjawab sebagai penyewa dan pemandu kenderaan dan wajib bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan penumpang di dalam kenderaan dan tidak akan membuat sebarang tuntutan terhadap pemilik kereta jika terbabit dalam kemalangan yang melibatkan kecederaan atau kematian ke atas penumpang serta diri sendiri.

5. Penyewa wajib bertanggungjawab ke atas semua kesalahan undang-undang membabit kan saman,kompaun,denda dan kes-kes mahkamah sepanjang tempoh penyewaan. Pemilik kereta berhak untuk menuntut semua bayaran walaupun penyewa sudah memulangkan kereta dan tempoh penyewaan sudah tamat dengan membuktikan kesalahan tersebut dilakukan oleh penyewa.

6. Penyewa di larang keras menggunakan kenderaan sewa untuk perbuatan  jenayah dan tujuan melanggar sebarang undang-undang yang dikuatkuasakan di Malaysia.Perjanjian ini juga bertujuan untuk menafikan pembabitan dan kaitan subahat pemilik kereta dengan aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penyewa.

7. Penyewa bertanggungjawab untuk memulangkan kereta utk tujuan servis dan selenggara setiap 5000 km perjalanan.Sebarang kerosakan pada kereta disebabkan kelewatan pemulangan kereta untuk diselenggara adalah di bawah tanggungan penyewa.

8. Penyewa bertanggungjawab utk membuat bayaran sewa bermula dari tarikh penyerahan kenderaan .dan pada atau sebelum tarikh yang sama untuk bulan berikutnya (untuk sewaan melebihi sebulan).Pemilik kereta berhak untuk menamatkan perjanjian sewa sekiranya penyewa gagal untuk membuat bayaran pada masa dan tarikh yang telah dipersetujui.

No comments:

Post a Comment